Joomla! merupakan satu CMS sumber terbuka yang terkenal dan tersangatlah mudah. Anda mampu membina satu laman sesawang yang hebat dalam masa yang singkat tanpa perlu mendalami bahasa pengatur-caraan.
Joomla! mempunyai beberapa versi; Joomla! 1.0, Joomla! 1.5, dan Joomla! 1.6.
Joomla! 1.0 diinspirasikan oleh Mambo. Oleh kerana terdapat sedikit perpecahan dalam kalangan komuniti Mambo, maka terhasillah Joomla! 1.0. Dan Joomla! versi ini tidak lagi diselenggara oleh team Joomla! (obsolete).
Joomla! 1.5 pula lebih hebat daripada Joomla! 1.0. Walaubagaimana pun, ia masih lagi boleh diintegrasikan dengan komponen dari Joomla! 1.0. Joomla! 1.5 adalah versi yang paling stabil setakat penulisan ini.
Joomla! 1.6 pula merupakan Joomla! yang sangat banyak kelebihannya berbanding Joomla! versi terdahulu. Akan tetapi, versi ini masih lagi diperingkat Beta.
Apa itu Joomla! ?
Labels: cms, joomlaSelamat datang!
Labels: cms, joomla, pisyekBlog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap rakyat Malaysia khususnya tentang kewujudan satu CMS yang hebat seperti Joomla!
Maka, seharusnya kalian berasa berbangga kerana ada orang-orang seperti Pisyek ini yang rajin menulis untuk anda!. Hehehe...
Laman ini sesuai dilayari oleh:
- Orang-orang yang mahu mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka,
- Ingin mengetahui tentang Joomla!
- Orang yang banyak sangat masa, tidak tahu untuk melayari web apa